Tuesday, July 26, 2011

Sesuci Cinta - Promo -

Assalamualaikum. 

Korang tahu tentang kewujudan blog aku lagi satu, [KARYA FINA]?




Setakat ni aku dah karang beberapa parts [ Sesuci Cinta ] dan masih dalam pembikinan. So bolehlah korang klik mana-mana link yang di beri, ya?


BAB 1 - UKHWAH

Petang itu langit cerah. Kelihatan ramai kanak-kanak bermain dengan lincah. Bermain gelongsor, buaian, jongkang-jongket malah ada juga yang berkejar-kejaran sesama mereka. Kesemua mereka kelihatan ceria.
Di suatu sudut, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu lembut dan labuh berada di sebuah meja rehat di tepi taman permainan itu. Jari jemarinya lincah menari di atas sekepil kertas. Sesekali dia membetulkan kedudukan kaca matanya. Setelah sekian lama, Ainul Mardhiah melepaskan pen lalu mengibas tangannya. Lenguh jari dibuatnya. Tiba-tiba tekaknya berasa haus. Terasa hampa bila teringat dia lupa untuk membawa air minuman.
Ainul Mardhiah merenung seketika hasil kerjanya. Borang permohonan aktiviti kelab untuk semester depan harus dihantar esok. Namun banyak lagi yang belum disiapkan.  Argh! Dahlah haus, lapar pula. Sejak pagi tadi dia belum menjamah apa-apa makanan lagi. Hanya sempat minum di cafe kampus. Pergi makan dululah. Jarum jam di pergelangan tangan Ainul Mardhiah menunjukkan jam 5.30 petang. Terus Ainul Mardhiah mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas meja. Usai mengemas, telefon bimbit dikeluarkan dari poket tas tangannya. Dengan pantas, Ainul Mardhiah dapat mencari nama ‘Abang Aiman’ dan terus menekan butang memanggil.


p/s : so, any comment?

No comments: