Monday, November 23, 2009

tengok btol2!!! (2)



















































FiNa: besar tol bakat dorang melukis-lukis ni kan.. kagum tol... aku teringin lak nak ade bakat macam dorang.. sedangkan hakikatnya aku memang sukeee sangat melukis.. huhu...
bersyukur dengan bakat sedia ada...


tengok btol2!!!





Saturday, November 21, 2009

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWTakan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan ataudua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalampergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan

Thursday, November 12, 2009

Perhatian...Jangan tertipu!!!

Perhatian.... kebelakangan ini, terdapat beberapa haiwan jinak telah menjadi bijak secara tiba2!!! gambar2 di bawah saya sertakan bagi membuktikan kewujudan mereka.. Jangan tertipu, lihatlah dengan teliti...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


















































FiNa: Hahaha... sengal..

Wednesday, November 11, 2009

ExAm DaH HaBiSsSsSsSsSsS!!!!

Hahahaa..
apekejadah buat tajuk post camtu kan... itu nak tunjukkan yang betapa hatiku gembira setelah exam habissss... hehehhehheee

(entry kali ni cakap pasal aku je.. takde info pape pon k..)

dan dengan itu, maka berpecahlah kelas MDIK yang selama ini banyak meninggalkan memori.. huhu.. dulu masa sekelas memang tak perasan yang kita saling menyayangi, tapi bila berpisah tadi lepas exam, baru sedar, sedih sebenarnya bila nak berpisah... semester depan tak 1 kelas lagi.. huhu... fina, jangan nangis~~

Ulasan tentang soalan Kimia tadi, errmm.. susah.. memang sangat susah.. tapi boleh laaaa... takla sesusah fizik...

o.. sekarang menjalankan misi mem'pack' barang.. pergh!! banyak gile barang nak pack!!! huhuu.. takpe2... sabar je..

ok.. ni cerita pasal balik pulak.. ok, walaupun aku anak sulung, (yang memang terkenal dengan ego yang tinggi, hahaha) aku akui rindu gak family aku.. hehehhe..

ni gambar adik-adik aku.. yups! semua lelaki.. yang bujang tu, baru Form 3 k.. bukan 20 tahun.. mane boleh adik lebih berumur dari kakak dia, ye tak? walaupun tinggi dia melebihi aku.. huhu.. :,(

errr... sepatutnya aku ada kem 16 haribulan ni.. Biro Tatanegara... something like that.. aku dapat pegi pon sebab tak cukup orang.. Mula2 memang happy bila kak Paan ajak pegi.. tapi tak
dapat pegi sebab parents tak kasi.. alasan: lambat sangat gtau @ terlampau terburu-buru & tak wajib pon.. Pergh!! diam je la.. Sabaaaar~

ok.. gtg!!! sorry la entry kali ni boring sikit... takde idea sebenarnya..
bye, Wassalam..

Monday, November 9, 2009

Selamat Hari Lahir Sahabatku...

Assalamualaikum...

Akhir tahun 2001...
Kami berta'aruf serba ringkas..
Innanurdiani namanya...
'Sesungguhnya Cahaya itu Petunjuk'
Sejak itu, kami sangat rapat.
'Fina dan Inna'
semua orang tahu bahawa kami sentiasa bersama..
Beberapa tahun sentiasa duduk bersama di kelas..
Kasih sayang bagaikan keluarga sendiri..


Persahabatan kami bertambah ber

seri

dengan kehadiran Julia dan Aisya
sentiasa bersama..


"Kita ditakdir bersama riang gelak ketawa

tangan menggenggam mesra melangkah ceria...
Indahnya suasana terbayang dimata..
senyum seindah suria..
hidup lebih bermakna..
teh dikongsi bersama
umph! jelas terasa..."


Lagu yang akan mengingatkan keakraban kami...
kerana selepas itu kami berpecah menuju hala tuju masing masing..

Tahun 2007...
kami berpisah..
Walaupun berpisah dengan linangan air mata..
Perpisahan tetap direlakan..
Aku di MRSM Kuala Kubu Bharu...
Inna di MRSM Muar..
Aisya di MRSM Alor Gajah..
Julia tetap di SMK Seksyen 16..

Persahabatan kami masih kekal..
Walaupun kini kami menuju haluan masing-masing..
Aku, di UiTM Pulau Pinang
Inna di Matrik Negeri Sembilan
Aisya di UM membuat persedian ke Jerman (kalau tak silap)
Julia sedang mencapai cita2nya jauh di negara orang...

InsyaAllah, Persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila..
Di dunia dan akhirat.

Inna.. kau ingat lagi tak dengan semua ni? kau ingat lagi tak camne kita jumpa buat kali pertama? kau ingat lagi pada aku? Aku ingat... dan aku rindu kau separuh mati..


Inna,

Selamat Hari Lahir
Semoga kau berjaya mencapai cita2 kau selama ini..
Semoga kau bahagia dimana saja kau berada..
Semoga kau menjadi wanita solehah...
Semoga persahabatan kita kekal abadi...
InsyaAllah...

Aku disini sentiasa mendoakan kebahagian kau..
Merindui memori kita bersama...
dan berharap suatu hari kita akan berjumpa..
Dalam keadaan sihat wal'afiat..







Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta


Salam Sayang.
~FiNa~

Friday, November 6, 2009

Tahukah Anda???

Assalamualaikum... huuuhuu.. kawan2, camne erk? isnin ni ada exam.. tapi cam malas gile nak study.. camnekah cara nak mengatasinya? adeh, bahasa dah hancor dah ni.. adeh.. bagaimanalah hendak menjadi blogger cemerlang jika kerosakan bahasa berlaku di blog ini? huhuu

ok2... errr.. ni adalah sedikit info yang diperolehi di Tagged saya.. err... mari kita lihat, ZasssssssSSSS... (bak kata abg fitri... hhehehehehe)

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.

FiNa: hohoo.. adakah anda bersetuju dengan semua info di atas? Sengal sungguh info ni.. huhuhu

Wednesday, November 4, 2009

ok! i'm sick of it!!!


aku kene charlie! again.... argh! kat muke plak tu...

ok sume orang, kalau nampak saye, buat2 tak nampak je charlie tu k!!!

i'm warning u.. huhuuhuuu

p/s: sabar... sabar...

Exam sudah habis keeee?

Assalamualaikummmmm...

wooh...
semalam baru habis exam CTU...
pastu hari isnin baru la exam seterusnya, MAT133...

So, harini, memang mengenjoykan diri tahap maxima... ceh! hampeh tol... takpe2... hariniiiiiii je erk... huhuuuhuu

Layan je gambar ni.. memang macam gedik skit.. tapi... errr.. gedik ke? huhuu.. tak kan? kan? kan?


Yela... yela... esok la kite study.. tak janji taw.. InsyaAllah je...
Wish me luck...

ok, sampai sini je.. bye...

Assalamualaikum...

Monday, November 2, 2009

Gambar-gambar pelik.

Assalamualaikum..

ok... tinggal lagi satu bab Pendidikan Islam untuk dibaca. esok exam.. huhuu

so, tadi bukak Tagged jap. tengok komen. ade orang hantar gambar2 ni.. tapi tak tau la btl ke tak gambar2 ni.. kalau ade btol mesti dah kecoh satu dunia kan? hoho.. tak tau la.. dunia sekarang dah maju... macam2 boleh diedit menggunakan komputer. hohoo.. sebenarnya ada lagi satu gambar. tapi macam sensored sangat jerk. huhu.. so kalau korang rasa macam tak patut untuk ditengok je, cepat2 scroll ke gambar seterusnye erk..

Layanzzzzzzzz...



huhuhu...

btol ke ade ni kawan2? takde kan? kan? kan? kan?