Sunday, August 30, 2009

Cerita malam kemerdekaan ke-52.



MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!

Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia..
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52.
Semoga kesejahteraan dan kemakmuran dapat dikekalkan.
Tanamkan semangat cintakan tanah air, jangan biarkan sejarah berulang lagi. Jangan biarkan diri sendiri dijajah oleh orang asing.

aku sedar, kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah di capai.. memerlukan pengorbanan, keberanian dan kebijaksanaan. Oleh itu, hargailah ia....

huhu..
ku belum habis menggoreng kerepek. nak crite pasal malam tadi, kat kampus. huhuu.. tak balik kampung.. nak jimat duit tiket.. hehehe..
Malam tadi, dok aku melayan mesej2 kemerdekaan yang aku terima dari kenalan-kenalan, dan bunyi mercun sebagai soundtrack... tibe2... (suspen.. suspen...)

Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....

what?! what da... adoyai.. bunyi fire alarm la plak... adoih..
dalam kple otak aku, ni mesti keje bdk2 main mercun ni.. tgk, smoke detecter (btol ke aku eje nieh???) da detect la plak.. bingit gile..

aku tgk bawah, (lalu tingkap le) ramai gak lari turun tangge p kat dataran baiduri.. huhu.. dalam kple otak aku, nak turun ke tak ek?? aku tgk jam, eh? da pkul 2 pg plak! cpt mase berlalu.. alarm tu bunyi lame gile.. naik bingit kepala aku... huhu.. so, cpat2 la aku bangunkan roomate aku yg da tido tu, amik purse, lappy, nfon, siap2 pakai tudung, (kebetulan aku da pakai baju lengan panjang n long skirt, sbb tak tuka baju sjak turun buke pose kat cafe) n siap2 nak kluar le.. pastu, senior aras aku ckap..

"jgn panik.. jangan panik.. takde pape pon.. smoke kecik je.." mybe akak tu da contact ajk Baiduri kat bawah kot.. pastu, aku tgk budak2 kat dataran Baiduri sume naik da... hish.. Lawak merdeka kot.. piiiirah!

tapi, bunyi bingit tu tak berenti lagi...adoyai.. dekat 15 minit gak la.. maunye ku menendang saje alarm tu.. tapi.. apekan daye...

setelah membingitkan telinga, akhirnya alarm tu berenti jugak.. lega...

habis cerita malam tadi... hehehe..

moral value: jangan main mercun (di tmpat yang ade smoke detector), membingitkan telinge je...

Friday, August 28, 2009

soklan buduh...

Soalan 1 : Apa yang mahal pada BMW? w yg mahal, kalo tuka jadi x, BMX.kan ke basikal murah tu??

Soalan 2 : Rumah apakah yang gunakan banyak air? rumah terbakar... hehee.. ayisy x dpat jawab.. hehehee

Soalan 3 : Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia? Lilin hari jadi =P

Soalan 4 : Apa nama sudirman masa kecil?
sudirboy!

ha.. jawab... 4 soklan je untuk arini... esok aku bagi jawapannye...

Updatez!
hahaa... takde sape jawab btol.. so takde sape la dapat hadiah... hehehe... so, nak jawapan??? highlight di akhir soalan, kang nampak le.. hehehe...

Kawan-UNIC

Assalamualaikum...

oleh kerana aku tibe2 terasa rindu kat kawan aku yg paling aku sayangi tu... ni aku nak melepaskan rindu melalui blog kesayangan aku nieh.. bole tak? bole la.. aku peduli pe.. blog aku...

sebelum tu,aku nak merepek jap..nape erk? manusia mudah berubah? kalau dulu, bila bersahabat, umpama isi dengan kuku, bile cubit peha kiri, peha kanan akan terasa, bile kite nangis, dia nangis, bile kite ketawa, diepon ketawa, setiap rahsia dikongsi, setiap pengalaman akan dirasai...

Tapi bile die mulai berubah, ingat kite pon tak kot... segala kenangan, hilang camtu je. segala ikatan kasih sayang yang selama ni dibina,musnah. jumpe,buat dono... kecewa... kecewa..

lagu ni bukan la lagu kekecewaan tapi lagu nasihat seorang sahabat.. yela, walau camne skalipom aku dilukai olh seorang sahabat, aku redha. aku doakan yg terbaik untuknya di dunia dan akhirat..


Kawan


Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
(2x)



Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)


bintang-bintang di langit
Takkan terus bergelipan
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pelangi yang indah


Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding


Ooo...


Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta


Menunjukkan jalan demi umat semesta (2x)



Lirik & Lagu : Copyright Control
Hijjaz Record Sdn. Bhd.



Thursday, August 27, 2009

Orang gila dalam pesawat


Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan..."

Seketul keju dan sehelai tuala kecil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut

."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegiturupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,

"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun."


FiNa: janganlah kedekut.

Wednesday, August 26, 2009

berita pasal kumbang rof (charlie)


Assalamualaikum...
lagi2 crite pasai charlie.. hahaha.. memang kumbang ni ancaman terbesar bagi pelajar2 UiTM PP nieh.. tadi aku search pasal kumbang ni.. jumpe... ni link die.. hehehe.. saje je nak heboh2...

Serangan kumbang rof di Seberang Perai terkawal
(Utusan Malaysia, Selasa – 1 Oktober 2002)

Butterworth, Pulau Pinang (Malaysia) – Serangan kumbang rof (rove beetle) di beberapa kawasan perumahan di Seberang Perai terkawal selepas Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyembur racun perosak ‘Pestuard’ untuk tempoh yang panjang. Kumbang itu juga dipanggil semut semai atau semut kayap mengeluarkan cecair toksin dari badannya apabila dibunuh. Cecair itu amat beracun yang dipanggil ‘pederin’ dan kulit manusia alah dengan toksin itu sehingga boleh menyebabkan penyakit kulit yang berpanjangan.

Tuesday, August 25, 2009

Charlie menyerang lagi!

Assalamualaikum...

hye kawan2... da lame tak jual kerepek kan.. huhuu..

erm.. nak kata bz, takdela bz sgt sbnrnye.. tapi masalah skit..

WiFi x sampai bilik.. sampai kat ground floor je...

so, terpakse la p kat ground floor...

hhuhu...




hm.. crite terbaru?

charlie...

tak pasal2 tetibe tjumpa 5 kesan gigitan charlie kat badan aku nieh.. (nasib baik bukan kat muke.) ( "-.-)

terbaru, rumate aku, pup terkena kat muke die.. alahai.. siannye..





malam tadi...


"fina!!!!!!" rumate aku jerit memalam bute.. tgh study time tu..


"awat???" terpinga-pinga...


"charlie!!!!" tangannya menunjukkan charlie atas meja blaja nye..


"ha?? mane seletep?? cepat cari seletep!!!"


"atas meja aku tu!! cepat amik!!!"


"saba... saba.." tanganku membuka gulungan seletep tersebut..


zzzzzzzzzzzzzzt... tap! tap!


zzzzzzzzzzzzt... Tap!!!


"fuh.. lega..." aku rase lega selepas ancaman tersebut...


"kasi mamppos sama ini Charlie tersayang..." kawan aku tetibe menjadi berani.. yela, charlie da terperangkap dalam seletep...





"woih.. jangan la kejam sgt sis..."


erks.. da mmpos pon...akhirnya, tersemadila mayat seekor charlie di atas meja...









"argh!!! lagi sekor charlie!!"

korang mesti dapat bayangkan kejadian seterusnya...




pastu, sje nak gtau korang...

aku da dapat kad matrik... hheeheehe.. bangge..















hehehe.. siap ade kertas pink tu..(untuk background je. hehehehe)

kwn2 aku cakap, nape muke aku lain gile?

lain ke??? aku rase same je..makin lawa kot.. hehehe.. Fina pasan!!!!



oye, sebelum terlupa, aku ucapkan..

Selamat Berpuasa...

yg da besa tu, pandai2 la jaga dosa dan pahala sendiri key...? amalan kita akan berlipat ganda...


and, salam kemaafan dari aku, dari hujung rambut ke hujng kaki.. andai ade yg terasa dgn n3 aku, kata2 ku, ayat2 jiwang ku, komen ku.. atau pape la.. maaf dipinta...


0-0 taw..


k la.. tu je kot..


Assalamualaikum...

Monday, August 24, 2009

Baju cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau *********!!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi melakukan perkara yang sama, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berkeadaan sedemikian di depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”


FiNa: tak taw nak cakap pa....

Friday, August 14, 2009

Muhasabah Cinta - Edcoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu



Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku



Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Back to Reff



Back to *



Repeat Reff 2x

link

FiNa: best lagu nieh...

Wednesday, August 12, 2009

sebuah kemaafan

Assalamualaikum... lama jgak aku tak update blog ni kan.. huhu.. sejak aku balik ke kampus kot.. huuhu.. sorry erk kawan2.. inipon aku curi masa sebenarnya. Sebab jumaat ni dah mula 1st test aku.. huhuhu.. cuak3... sebenarnye ade satu cerita aku nak kongsi dengan korang. Layan cerita ni jap.

Di sebuah kelas tingkatan 5 di sebuah sekolah berasrama penuh. Satu hari, selepas berjumpa guru Biologi, najwa duduk di kerusinya. Apabila dia mula melabuhkan punggungnya, gedebush! Najwa terjelepuk di lantai. Dapat didengari di seluruh kelas. Almaklumlah, najwa berbadan besar. Semua pelajar lelaki gelakkan dia. Rakan-rakannya yang perempuan pula menahan gelak. Kedengaran suara gelak paling besar dari tempat duduk belakang tempat duduk najwa, Nazim. Nazimlah yang telah menarik kerusi Najwa tadi.

“hahahaha... buah nangka busuk jatuh! Kesiannya... tu lah, jaga sikit badan tu.. nanti takdelah jatuh terjelepuk macam nangka busuk lagi, kan si gemuk? Hahahahahaha....” Nazim menyakat dengan suara yang kuat. Gelak tawa seluruh pelajar di kelas itu semakin menjadi-jadi.

Najwa hanya menunduk. Malu. Air mata mengalir. Bukan kerana kesakitan akibat terjatuh, tapi kesakitan akibat kata-kata yang sangat menyakitkan hati.

“Sumpah, aku takkan maafkan kau sampai aku mati!” tiba-tiba dengan nekad Najwa mengeluarkan kata-kata itu entah tenaga dari mana.

“Wah... takutnya aku... Aih, takkan baru jatuh sikit dah nak mati kot? Hahahaha...”

Najwa berlalu ke tandas. Tak dapat dia menahan air mata yang deras mengalir. Kata-kata Nazim terngiang-ngiang ditelinganya. Tiba-tiba matanya terasa berat. Dunianya mulai gelap. Tangan najwa meraba poket seragam sekolahnya. Rupa-rupanya ubatnya tertinggal di kelas. Mungkin terkeluar dari poketnya semasa terjatuh tadi. Najwa mulai panik. Tak mungkin baginya datang semula ke tandas dalam keadaan dirinya yang terasa sangat lemah. Matanya mulai gelap. Tangannya yang mulanya berpaut pada dinding terasa sangat lemah lalu Najwa terjelepuk ke lantai, buat kedua kalinya.

........................................

“Minta perhatian kepada semua pelajar. Sahabat kita, Najwa Abdul Rahim dari kelas 5 Amanah sedang terlatar di hospital akibat leukimia. Keadaannya sekarang adalah kritikal. Oleh itu, sebagai sahabat, marilah kita sama-sama melakukan solat hajat dan berdoa agar Najwa dapat kembali pulih dan meneruskan pelajarannya seperti biasa. Ayuh kita mulakan.” Pengumuman oleh ketua pelajar di surau selepas solat maghrib itu menyebabkan Nazim benar-benar tersentak. Rasa bersalah mulai menyelubungi dirinya lalu otaknya ligat memainkan semula keadaan pada pagi tadi. Najwa, maafkan aku. Terus hati kecilnya berkata-kata.

..............................................

“tidak cikgu! Saya harus pergi juga melawat najwa. Tolonglah cikgu. Saya merayu pada cikgu.” Nazim merayu-rayu kepada guru penolong kanan tersebut.

“Tapi Nazim, najwa dalam keadaan tenat. Saya harap, apabila kamu sudah berada di sana, tolonglah jangan mengeruhkan keadaan kerana seluruh keluarga najwa dalam keadaan bersedih di sana.”

“baiklah cikgu, saya janji. Tolonglah bawa saya ke sana sekarang cikgu.” Setelah sekian lama guru-guru berbincang, nazim dibawa ke hospital yang menempatkan najwa.

Setibanya nazim dan guru-guru di hospital, kelihatan Puan Rosnah, ibu najwa meraung kesedihan dalam pelukan anak sulungnya,Naemah. Manakala Encik Rahim terjelepuk di lantai. Masing-masing mengalirkan air mata. Najwa tak dapat diselamatkan memandangkan lambat diberi rawatan.

Nazim yang melihat drama langsung dari matanya tidak dapat menahan air mata. Dia terus meluru ke bilik rawatan dimana najwa ditempatkan.

“Najwa, aku minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Aku tak sangka aku telah buat kesilapan tebesar dalam hidup ni. Kalaulah aku tak tarik kerusi kau, tentu ubat tu tak jatuh dari poket kau. Ni, aku bawa ubat kau yang bertaburan di lantai semalam. Aku mint maaf najwa. Tolonglah maafkan aku. Tariklah balik kata-kata kau takkan maafkan aku sampai kau mati tu. Tolonglah..” nazim menagis disisi najwa. Mata najwa tertutup rapat tanpa menunujukkan apa-apa reaksi.

.................................................................

Kawan-kawan... kalau korang dalam situasi nazim, ape korg akan buat? Keseronokan yang membawa kepada rasa bersalah dalam diri sendiri. Korang, kalau ada buat salah dengan sesiapa, janganlah tangguh2 lagi untuk minta maaf. Mati itu ketentuan Allah. Kalau orang yang marah kita tu mati sebelum memaafkan kita, camne? So, dalam kesempatan ni, aku minta maaf kalau ade sesiapa pernah marah pada aku. Cerpen yg xbrpe ni, sebenarnya dah lama aku nak cerita kat korang, tapi belum sampai mood lagi. Baru petang semalam dapat mood ni. So sementara mood masih ade, cepat2 la aku taip untuk korang. Salam ukhuwah...

Saturday, August 1, 2009

UiTMku, tunggulah kepulangan aku!!!


Assalamualaikum....


Terima kasih kerana sudi membaca artikel ku lagik... ehhhehehee.. walaupun Bahasa Melayu aku taklah mantap mana, tapi bolehlah agaknya kalau nak difahami isi kandungannya. Hehehe... Rasanya macam nak buat artikel surat khabar je. Ahaks!


Okey la kawan-kawan, kali ni aku dah kering idea dah camne nak buat artikel mantap macam blogger-blogger tersohor macam HysMan, Naz, kak mynna, kak farhana, kak anem, x-po, karl, joe, aznil nawawi atau sesiapa sahaja yang memang dah expert dalam bidang blog ni. Walaupun aku post entry macammana sekalipun, hasilnya hanyalah kepuasan saja. Aku pon baru lagi dalam bidang ni. So aku banyak belajar dari rakan- rakan blog yang lain.


Aiseh.. dah nak balik kampus. Bestnye.. tak sabar rasanya. Hehehe.. tapi satu benda je yang aku paling benci bile nak balik kampus nieh... packing! Memang masalah la nak packing ni. Kalau boleh nak je aku angkut sekali dengan almari pakaian aku tu. Tapi apakan daya, bonet bas tu tak muat nak masukkan satu almari tu sekali. Huhu.. so, maybe aku akan sewa lori.. erm.. jap jap jap... mane nak cari duit nak sewa lori? Takkan nak pakai duit ptptn kot? Ah.. tak mungkin, tak mungkin... fina! Stop dreaming!!


Huhuu... walau apa sekalipun, kau kena juga packing nieh. Dah tu pulak, haritu aku bawa banyak sangat baju balik rumah. Sampai roda beg tu pon nak rosak dah. Huhu.. fina, fina...


So, sekarang ni aku dalam misi mem’packing’.. so, chow... Assalamualaikum.